18 cara merawat hati

Assalamualaikum....

 Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:"Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik maka baiklah seluruh anggota dan 
jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati."

Setiap penyakit akan ada ubatnya. Penyakit yang paling sukar diubati adalah penyakit hati manusia. Jika hati manusia sudah sakit dan pemilik hati tersebut tidak tahu bahawa hatinya berpenyakit maka sukar untuk di ubati. Tetapi jika pemilik hati tahu dia sedang sakit dan berusaha untuk mencari penawarnya maka ianya satu petanda bahawa ubat yang dicari akan ditemui dan insya Allah hati tersebut akan dapat di ubati dan akan mengalami penyembuhan.

Terdapat 18 cara dan rawatan hati yang perlu dilakukan supaya hati kalian dapat dirawat dan terhindar daripada penyakit hati. ANtaranya ialah :
1. Mentarbiah hati supaya mencintai Allah SWT dengan sedalam-dalamnya.
2. Membaca serta bertadarus (menyelidik) makna dan maksud-maksud ayat al-Quran.
3. Mendekatkan kepada Allah SWT dengan amalan-amalan sunat.
4. Khusyuk dalam solat.
5. Memperbanyak zikir dan memohon ampun kepada Allah SWT.
6. Melakukan kebaikan kerana ikhlas kepada Allah SWT dan mengharapkan keredaan-Nya.
7. Melakukan amal dan ibadat berdasarkan perintah Allah dan Rasul.
8. Beriktikad dengan akidah yang betul.
9. Sentiasa melakukan muhasabah diri.
10. Memperuntukkan masa bagi Allah SWT menerusi penggarapan ilmu-ilmu agama.
11. Memperbanyakkan qiyamullail, berdoa terutamanya pada sepertiga malam.
12. Tunduk dan khusyuk kepada Allah SWT dalam segenap tindakan dan perbuatan.
13. Memastikan sumber makanan dan pakaian adalah halal di sisi Allah SWT.
14. Menundukkan penglihatan kepada perkara-perkara yang diharamkan Allah SWT.
15. Suka menziarahi kubur dan mengingati mati.
16. Sentiasa bersyukur dan reda kepada Allah SWT atas segala nikmat yang dikurniakan.
17. Suka membantu anak-anak yatim dan bermesra dengan mereka.
18. Suka bersahabat dan duduk dengan orang-orang soleh yang boleh dijadikan teladan.


بَلَى مَنْ أَسْلَمَ وَجْهَهُ لِلّهِ وَهُوَ مُحْسِنٌ فَلَهُ أَجْرُهُ عِندَ رَبِّهِ وَلاَ خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلاَ هُمْ يَحْزَنُونَ
(Tidak demikian) bahkan barang siapa yang menyerahkan diri kepada Allah, sedang ia berbuat kebajikan, maka baginya pahala pada sisi Tuhannya dan tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati
(Al-Baqara 2:112) 



Credit to : ILoveIslam.com

SOAL HATI REMAJA - PATUTKAH BERKAHWIN AWAL



Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya. (H.R. Tirmidzi)

Kahwin awal bukan satu masalah. Mari lihat persoalan-persoalan yang selalu menerjah di kepala anak-anak muda yang fitrahnya terhalang atas sebab-sebab tertentu.

1. Kahwin waktu masih belajar, adakah tidak mengganggu pelajaran?

Siapa cakap kahwin waktu sedang belajar mengganggu? Salah tanggapan tu. Sepatutnya, kahwin awal lebih memberi kita semangat yang membara. Yelah, sudah ada pasangan yang halal dan akan sentiasa menyokong kita, mesti la lagi bersemangat mau belajar kan? Lagi satu, orang yang sudah kahwin ni akan berasa lebih bertanggungjawab dari sebelum kahwin. Sebab mereka tahu bahawa mereka punya pasangan untuk dijaga, jadi mereka pun akan berusaha untuk buat yang terbaik bagi pasangan mereka. Apa-apa pun, tengok ibu bapa kita saja sebagai contoh. Sudah kahwin, tapi adakah mengganggu kerja mereka? Tidak kan?

2. Saya masih belajar, macam mana mahu bagi nafkah pada isteri kalau belum ada kerja?

Saya tahu ramai antara kita yang masih belajar, dan ramai yang meminjam dapat elaun biasiswa. Saya beranggapan pasangan yang ingin dikahwini jugak masih study Jadi ia bermakna dua-dua masih dapat hidup dengan wang yang asas tu. Jadi, sementara masih belum ada kerja, suami berilah nafkah yang termampu kepada isteri. Mungkin $25 atau $50 sebulan? Bergantung kepada berapa banyak isteri gunakan untuk makan. Lagipun, isteri jugak ada wang, jadi tak perlu rasa ada masalah di situ. Yang penting dua-dua masih dapat hidup. Lain la kalau isteri demand kereta, rumah, rantai emas, baju berlambak-lambak, dan macam-macam lagi. Jadi, sepatutnya tiada masalah dalam bab nafkah. Cuba kita tengok orang Arab zaman Nabi dulu. Adakah kebanyakan daripada mereka orang berharta? Tidak. Mereka cuma mampu memberi isteri makan makanan setakat yang mereka mampu beri. Itu pun sudah mencukupi untuk dijadikan nafkah. Nabi tak larang pun orang miskin berkahwin. Jangan jadikan kekurangan wang sebagai penghalang perkahwinan. Itu namanya menyalahkan takdir Allah. Berdosa.

Firman Allah: Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. (An-Nur:32)

3. Macam mana mahu cari modal untuk majlis perkahwinan?

Apa perkara asas dalam kahwin? Ya, akad nikah dan walimatul urus. Merisik dan bertunang tu bukan wajib pun. Jadi, potong kos seperti bagi hantaran waktu merisik dan bertunang, sudah jimat wang. Waktu akad nikah pun, jemputlah keluarga terdekat dengan kawan-kawan saja yang dapat datang. Berdosa bila tidak menghadiri jemputan walimatul urus. Jadi, jimat sikit kos kenduri. Buang wang saja sewa pelamin, sewa baju pengantin, sewa jurukamera dengan mak andam semua tu kerana ia termasuk dalam hal-hal yang sia-sia. Mas kahwin pun tidak perlu tinggi-tinggi kerana sebaik-baik magar adalah yang paling rendah. Mudah saja majlis perkahwinan dalam agama Islam. Tidak sampai puluh ribu pun.

Sabda Rasulullah s.a.w: Tiga golongan yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah s.w.t, seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya. (H.R. Thabrani)

4. Tidak terlalu awalkah untuk saya berkahwin?

Kalau rasa dengan kahwin boleh buat semangat untuk belajar semakin meningkat, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh buat diri semakin bersemangat dalam agama, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh elak daripada fitnah dan maksiat, kahwin la. Itu maksudnya, kahwin memang perlu di usia muda. Benda yang baik, jangan dilambatkan. Takut kelak bertukar menjadi benda yang tidak baik. Cuba bayangkan anda ada pasangan yang disukai. Kan bagus kita cepatkan benda yang baik dengan berkahwin terus. Tapi kalau kita melambatkan perkahwinan yang bagus itu, mungkin kita akan terjerumus ke lembaah maksiat. Kenapa kita boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram? Tanya diri, jagalah iman.

Sabda Rasulullah s.a.w: Apabila datang kepadamu seorang laki-laki untuk meminang, yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi. (H.R. Tirmidzi dan Ahmad)

5. Bersediakah saya untuk kahwin awal?

Ini soalan paling bagus ditanya kepada diri sendiri. Tanya dulu soalan asas ni. Sudahkah saya solat penuh 5 kali sehari semalam? Bertanggungjawab sudahkah saya? Adakah saya panas baran atau penyabar? Adakah saya seorang yang bercakap menggunakan akal atau bertindak menggunakan akal di lutut? Pendek kata, ada banyak soalan spesifik yang boleh ditanya kepada diri sendiri. Walau apa pun jawapan dia, ini nasihat saya. Sentiasalah perbaiki diri dan mantapkan diri. Orang yang sudah berkahwin dan sedang belajar solat lebih baik berbanding orang yang sudah kahwin dan pandai solat tapi tidak amalkannya lepas kahwin. Orang yang bersedia mengubah dirinya adalah yang paling bersedia sebenarnya.

6. Macam mana dengan restu ibu bapa?

Ya, ini la benda paling susah bila mahu kahwin awal. Faktor penghalang paling utama. Kalau kita dapat menjelaskan dengan baik kepada ibu bapa dan mereka faham, insyaAllah tiada masalah untuk berkahwin awal. Tapi kalau ibu bapa kita susah mahu terima sebab fikiran mereka masih terikat dengan fikiran tipikal masyarakat Melayu sekarang ni yang lebih terpengaruh kepada adat dan cerekarama di tv semata-mata, serta pemikiran risau akan tak cukup wang nak sara anak dara orang, sudah tentu mereka tidak akan terima setiap hujah yang diberikan seperti di atas. Apa-apa pun, saya doakan yang terbaik untuk mereka yang mahu kahwin awal supaya cepat bertemu jodoh. Ingat, bila seseorang itu berkahwin kerana ingin mengikut sunnah Rasulullah, maka terbukalah segala pintu rezeki untuknya. Lihat, betapa banyaknya kelebihan kahwin awal. Fikiran kita yang sempit saja membuatkan kahwin ni nampak terlalu susah sangat.

Umar bin al-Khattab r.a telah berkata: Kahwinlah anak-anak kamu apabila sampai baligh, janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka. (Disebut oleh Ibnu Jauzi dalam Ahkam An-Nisa)

Nasihat saya untuk golongan-golongan yang sedang hangat bercinta tu, sebaiknya kahwinlah awal. Lebih banyak kelebihan kahwin awal berbanding kahwin lambat. Tapi semua itu pilihan masing-masing juga. Mudah-mudahan setiap pilihan yang kita buat adalah yang terbaik dan dirahmati Allah. InsyaAllah.

Rasulullah s.a.w bersabda: Siapa yang benci dengan cara hidup (sunnah) ku maka dia tidak termasuk golonganku. (H.R. Bukhari dan Muslim)



Credit :Najimie Safwan

ISLAM ITU SYUMUL


Apa itu Islam?

Ok, Islam dari segi bahasa ialah taat dan menyerah. Pengertian Islam dari segi syarak ialah mentauhidkan Allah S.W.T, patuh dan tunduk kepadaNya serta beriman dengan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Islam juga bererti selamat dan sejahtera. Bila besar sikit dalam umur 6 tahun kita diajar untuk mengucap 2 kalimah syahadah “Lailaha Illallah , Muhammadar Rasullullah”, Maksud dia “Tiada Tuhan yang berhak disembah kecuali Allah dan Muhammad Itu pesuruh Allah”

Apa maksud lafaz dari kalimah syahadah ni sehingga orang kafir nak masuk Islam pun kena mengucap lafaz kalimah syahadah. Apa yang POWER? Dari kalimah syahadah ni, kita sendiri mengaku bahawa kita akan ikut dan taat kepada ajaran yang Nabi Muhammad (ajaran Islam) dan hukum-hukum Allah S.W.T (patuh dan tunduk kepadaNya).

Islam itu syumul. Biasa kita dengar. Tapi menda gok syumul ni? Syumul adalah dalam bahasa Arab yang bermaksud menyeluruh, ataupun yang mencakupi segala aspek penghidupan individu, keluarga, sosial dan negara. Amber ulang dalam INDIVIDU, KELUARGA, SOSIAL dan NEGARA.

Kesyumulan Islam.. kalau kita bandingkan Islam yang diamalkan oleh masyarakat sekarang.. nampak sangat jauh perbezaannya dengan apa yang telah dikhabarkan dalam al-Quran dan as-Sunnah.. Islam pada zaman rasulullah dan para sahabat serta salafus soleh dulu sangat-sangat ”pure”.. Islamnya suci putih bersih.. tiada satu pun tompok hitam yang mengotori Islam itu… tidak seperti sekarang.. Islam dicampuradukkan.. apa yang rasa sesuai dengan kita, kita ambil.. yang kita rasa tidak sesuai dengan kita, kita buang.. Islam kita dipandu oleh akal dan nafsu.. bukan wahyu… moga dapat difikir-fikirkan kembali…

Islam pada zaman dahulu sangatlah bersih.. malah golongan Islam pada waktu tersebut.. sangat-sangat sayangkan Islam dan tidak akan membenarkan walau setitik noktah kecil mengotori kesucian Islam.. ambil contoh saidina abu bakar.. apabila dia dapat tahu bahawa ada segilintir golongan yang enggan membayar zakat atau mahu mengurangkan bayaran zakat.. dia terus berkata, “jikalau pada zaman rasulullah masih hidup mereka membayar unta dan talinya, begitu juga sekarang mereka harus membayar unta dan talinya, jika tidak akan aku perangi mereka..” Abu Bakar amat-amat menyintai Islam sehingga sanggup berperang demi menjage kesucian Islam itu sendiri.. tetapi kita..

Islam terdapat dua pada zaman sekarang.. satu.. Islam yang pure.. suci bersih.. dan satu lagi.. Islam “patchy-patchy”.. iaitu Islam yang dinodai kesuciannya.. putih bersih sucinya Islam itu dikotori dengan tompok-tompok dosa lantaran mengikut nafsu dan akal yang cetek tanpa berpandukan wahyu..

Islam yang syumul.. Islam yang pure.. sumbernya satu sahaja.. wahyu.. akal berada di bawah wahyu… apa sahaja wahyu suruh dibuat.. akan dilakukan tanpa persoalkannya.. kemudian akal digunakan untuk memikirkan logiknya.. contohnya.. disuruh kita membayar zakat.. kita bayar…. tapi cara bayaran itu ditentukan dengan akal.. lebih kurang begitulah.. pokoknya.. sumbernya hanya satu dan akan hanya ada satu.. iaitu wahyu.. al quran dan as sunnah..

Manakala.. Islam patchy-patchy pula ialah.. Islam yang bersumberkan tiga benda.. wahyu, akal, nafsu.. wahyu tetap menjadi salah satu sumber.. tapi ia dicampuradukkan dengan akal serta nafsu.. mana hukum yg dirasakan sesuai diambil.. mana yg tidak selari dengan akal dan nafsu ditinggalkan.. dengan ini.. hilanglah kemuliaan Islam itu sendiri.. ‘izzahnya Islam itu lenyap.. tiada lagi warna keserian syariat Islam itu.. Islam sebagai ad-din tidak lagi boleh dianggap sebagai ad-din.. kerana ad-din itu sendiri bermaksud “way of life” atau “cara hidup”.. tetapi sekiranya kita hanya mengambil sebahagian lalu membuang sebahagian yg laen.. masihkah ianya cara hidup Islam?.. mungkin sedikit sahaja.. sebahagian lagi.. cara hidup barat… kafir.. bukan lagi Islam.. Islam addinul haq.. Islam itu agama yg benar.. agama kebenaran.. dan lafaz ad-din itu merangkumi seluruh aspek kehidupan.. tidak boleh diambil sebahagian dan dibuang sebahagian.. seperti mana yang disuruh oleh Allah dalam firmanNya:

”Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya (keseluruhannya) dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.”
( Surah al-Baqarah [2]:208 )

p/s: Jom jadi full-time muslim/muslimah..jangan jadi part-time ambil hukum yg dirasakan sesuai sahaja