Cinta seorang insan

biar layu kelopak mata
lantaran penat menyisir rezeki
anak tetap disusu
bukan terusan menyerah
anak kekenyangan sisusu lembu.

Cinta seorang ayah
biar keringat membasah lantai
lantaran mengumpul butiran beras
anak tetap disayang
bukan terusan menyerah
keluarga terbiar dirundung malang.

Cinta seorang rakyat
biar utuh tonggak negara
lantaran mengagong nilai adil
agama tetap dijaga
bukan terusan menyerah
negara tergugat disergah tohmah.

Cinta seorang kekasih
biar pedih mengulit kasih
lantaran janji mengusir setia
jiwa tetap dipelihara
bukan terusan menyerah
diri dilupai tiadakan gundah.

Cinta seorang aku
mahu terusan berkelubung
dengan puisi jiwang ini

lantaran jiwawi nan terbentuk
dengan cinta murni abadi
mahu bersemadi dengan luhurnya
nikmat cinta-Mu Ilahi.