Isu pemansuhan pinjaman PTPTN yang dituntut oleh mahasiswa di Malaysia mendapat sambutan yang hangat dikalangan pemerhati samada daripada kalangan politikus, panel syariah serta ilmuan intelektual. Hal ini demikiankerana isu ini menjadi semakin besar apabila golongan mahasiswa mengambil keputusan dan bertekad denganmemulakan himpunan menuntut kerajaan memansuhkan pinjamanan PTPTN di Dataran Merdeka pada 14 Aprilbaru-baru ini dan meneruskan perhimpunan dengan mengadakan ‘perkhemahan’ di Dataran Merdeka tersebutbagi menunjukkan optimis dalam menuntut agar pinjaman PTPTN dimansuhkan.
Isu pinjaman PTPTN ini bukan hanya dilihat dari sudut pengurusan wang semata-mata bahkan ia mesti dilihatdari sudut syara’ berkenaan kontrak pinjaman PTPTN tersebut. Maka MANHAL mengambil langkah untukmengkaji dan menjawab isu yang berkaitan dengan permasalahan agama yang terdapat di dalam isu ini.
KONTRAK PTPTN ADALAH KONTRAK PINJAMAN
Terlebih dahulu kita melihat apakah konsep kontrak yang digunakan dalam PTPTN. PTPTN ialah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasionalmenawarkan pinjaman kepada mahasiswa/wi dalam negeri bagi membantu permasalahan kurang kemampuan dari sudut kewangan untuk melanjutkanpelajaran. Pinjaman diberikan kepada mana-mana mahasiswa/wi yang memohon dan melengkapi syarat-syarat yang ditetapkan.
Justeru, berdasarkan kepada penjelasan di atas, PTPTN adalah melibatkan isu kontrak pinjaman. Iaitu mahasiswa/wi memohon pinjaman untukmembiayai bayaran pendidikan mereka.
HUKUM BAGI KONTRAK PINJAMAN
Asal hukum bagi kontrak pinjaman adalah kontrak membantu. Para fuqaha menegaskan bahawa kontrak pinjaman adalah berbeza dengan kontrak jualbeli dan juga kontrak yang melibatkan apa jua urusan keuntungan. Maka kontrak pinjaman adalah berdasarkan hukumnya iaitu atas dasar membantubukan atas dasar keuntungan.
Disebabkan itu, pihak yang memberikan pinjaman tidak boleh mengambil sebarang caj atau faedah tambahan dengan mengenakan apa jua syarat untukmemastikan mendapat pemulangan yang lebih tinggi, dengan erti kata yang lain iaitu keuntungan daripada hutang yang diberikan.
Jika sekiranya pihak yang memberikan pinjaman atau hutang meletakkan syarat agar pihak yang berhutang untuk melunaskan hutang dengan kadaryang lebih tinggi atau dikenakan denda apabila lewat melunaskan hutang maka hukumnya adalah haram mengikut ijmak ulama. Hal ini demikian keranatambahan yang berlaku ke atas nilai asal hutang tersebut merupakan riba. Hukum riba adalah secara jelas dan qath’ie bahawa haram bahkan tergolongdalam dosa-dosa besar.
PINJAMAN PTPTN DAN KONSEP MELANGSAIKAN HUTANG
Mahasiswa/wi yang mengambil pinjaman PTPTN tidak dapat tidak dikenakan caj bayaran dengan kadar 3% daripada hutang. Dan ini merujuk kepadasistem konvensional yang dijalankan oleh pihak pengurusan. Bahkan setiap tahun apabila pihak yang berhutang lewat untuk menjelaskan hutangmereka maka nilai jumlah hutang mereka akan bertambah mengikut kadar caj yang dikenakan.
Begitu juga, pihak pengurusan PTPTN akan memilih beberapa kuota yang diberikan hak istimewa iaitu pelepasan dari pembayaran semula hutangmengikut kepada kriteria yang ditentukan iaitu cemerlang dari pelbagai program dan institusi pengajian tinggi yang mewakili keseluruhan penerimaijazah kelas pertama atau setaraf.
KONSEP MELANGSAIKAN PINJAMAN / HUTANG DALAM ISLAM
Islam telah meletakkan beberapa garis panduan yang tetap dalam isu melangsaikan pinjaman atau hutang. Garis panduan tersebut ialah :
- Haram meletakkan syarat ke atas kontrak pinjaman yang berbentuk sebarang faedah bagi mendapatkan keuntungan. Berdasarkan kepadaHadis Nabi SAW :
كُلّ قَرْضٍ جَرَّ نَفْعاً فَهُوَ الرِّباَ
“setiap pinjaman yang berlaku ke atasnya manfaat (mensyaratkan bayar lebih dari nilai asal) maka ia dikira riba”
Sunan Baihaqi Kubra no 10715.
Walaupun kadar faedah atau caj yang dikenakan ke atas pinjaman tadi adalah amat kecil maka ia dikira tetap haram kerana ia tetap riba. Hal inisebagaimana yang berlaku di zaman jahiliyah sehingga digelar sebagai Riba Jahiliyah. Dan ia telah diharamkan oleh Allah SWT.
FirmanNya :
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تَأۡڪُلُواْ ٱلرِّبَوٰٓاْ أَضۡعَـٰفً۬ا مُّضَـٰعَفَةً۬ۖ
"Wahai orang-orang beriman, janganlah kamu memakan riba dengan berlipat ganda"
Surah Ali Imran ayat yang ke-130.
Sekiranya pihak yang meminjam tidak ada kemampuan untuk membayar pada waktu yang telah ditetapkan maka pihak yang memberikan hutanghendaklah menunggu sehingga pihak yang berhutang mampu membayar dengan syarat tanpa dikenakan sebarang faedah kerana tambahan yangdikenakan merupakan riba.
Firman Allah SWT menyebutkan bahawa :
وَإِن كَانَ ذُو عُسۡرَةٍ۬ فَنَظِرَةٌ إِلَىٰ مَيۡسَرَةٍ۬ۚ
“sekiranya mereka (pihak yang berhutang) mempunyai kesulitan (untuk membayar pada waktu yang ditetapkan) maka berikanlah masa sehinggamereka senang (mampu untuk bayar)” – Surah Al-Baqarah pada ayat ke-280
- Digalakkan pihak yang berhutang untuk membayar hutang dengan lebih baik iaitu sebagai hadiah, bukan atas sebab syarat. Hal ini digalakkanberdasarkan kepada sabda Nabi SAW :
“sesungguhnya orang yang terbaik di kalangan kamu ialah mereka yang memperelokkan bayaran (hutang)” – Sahih Muslim no 1600.
- Sekiranya pihak yang berhutang tidak mampu untuk melangsaikan hutang kerana mempunyai masalah yang kritikal maka pihak yangmemberikan hutang digalakkan untuk melepaskan bayaran. Bahkan digalakkan juga melepaskan bayaran kepada mana-mana pihak yangberhutang walaupun tanpa sebab, atas dasar hadiah atau sedekah.
Firman Allah SWT :
وَإِن كَانَ ذُو عُسۡرَةٍ۬ فَنَظِرَةٌ إِلَىٰ مَيۡسَرَةٍ۬ۚ وَأَن تَصَدَّقُواْ خَيۡرٌ۬ لَّڪُمۡۖ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ
“maka sekiranya kamu melepaskan hutang, maka itu adalah yang terbaik bagi kamu, sekiranya kamu mengetahuinya”
Surah Al-Baqarah pada ayat ke-280.
SEBARANG UNSUR RIBA ADALAH HARAM
Berdasarkan penjelasan di atas maka dikenal pasti bahawa pinjaman PTPTN mengandungi unsur riba iaitu dikenakan kadar caj tambahan sebanyak 3peratus kepada penghutang ke atas nilai hutang. Maka ia mempunyai unsur yang sama dengan pinjaman yang dikenakan syarat iaitu penambahan keatas nilai asal hutang.
Justeru, pinjaman PTPTN tergolong dalam kontrak yang mengandungi unsur riba dan hukumnya adalah haram.
Jelas berdasarkan firman Allah SWT bahawa riba adalah diharamkan. Rujuk ayat Al-Quran pada surah Al-Baqarah pada ayat ke-275 sehingga 279.
Nabi SAW juga memberikan peringatan kepada umatnya agar menjauhi 7 perkara yang mendatangkan dosa besar, antaranya ialah riba. – SahihBukhari no 2766
Pada bulan Mei 1956, sidang muktamar kali ke-2 bagi Mujamma’ Buhuth Islamiyah yang diadakan di Kaherah di bawah kelolaan Syeikh Al-Azhar ketikaitu, telah memutuskan bahawa sebarang faedah yang dikenakan ke atas apa jua pinjaman adalah riba dan hukumnya adalah haram.
Syeikh Rashid Redha menukilkan fatwa daripada Syeikh Muhammad Abduh antara faktor Allah mengharamkan riba adalah kerana riba merupakankontrak yang mendapatkan pertambahan tanpa ada gantian. Hal ini berbeza dengan kontrak jual beli iaitu pertukaran atau gantian antara dua belahpihak yang melibatkan barangan jualan dengan wang belian. Hujah ini juga adalah untuk menolak dakwaan pihak jahiliyah yang menyifatkan bahawakontrak jual beli adalah sama sebagaimana dengan unsur riba.
KESIMPULAN
Berdasarkan kepada kajian di atas, maka jelas kepada kita bahawa kontrak pinjaman PTPTN mengandungi unsur riba dan hukumnya jelas adalahharam. Justeru, respon pihak MANHAL berikutan isu pemansuhan PTPTN perlu dilihat dari perspektif syarak.
Hasilnya, MANHAL memberikan pendirian yang jelas iaitu :
- Pinjaman PTPTN merupakan kontrak pinjaman. Dan kadar caj bayaran tambahan ke atas nilai asal hutang merupakan riba.
- Sebarang kontrak yang mengandungi unsur faedah adalah riba dan hukumnya haram.
- Perkara utama yang mesti dilakukan oleh kerajaan dalam isu PTPTN ini ialah menghapuskan sistem bayaran yang mengandungi unsur riba. Peminjam hanya perlu mambayar nilai asal pinjaman yang mereka lakukan tanpa dikenakan sebarang faedah atau caj tambahan ke atas nilai asal.
- Berkaitan tuntutan mahasiswa dalam pemansuhan bayaran pinjaman PTPTN , pihak MANHAL melihat sekiranya pemansuhan tersebutmemberikan faedah dan maslahat yang besar kepada rakyat terutama golongan mahasiswa/wi dalam konteks pembangunan insan, tanpamemudharatkan negara, maka elok untuk dilaksanakan tuntutan pemansuhan bayaran pinjaman PTPTN dengan rangka pengurusan yang terbaik.
Sekian,
Disediakan oleh :
MUHAMAD ZUHAILI SAIMAN
PENGERUSI FELO MANHAL PMRAM 2012
No comments:
Post a Comment