SOAL HATI REMAJA - PATUTKAH BERKAHWIN AWAL



Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya. (H.R. Tirmidzi)

Kahwin awal bukan satu masalah. Mari lihat persoalan-persoalan yang selalu menerjah di kepala anak-anak muda yang fitrahnya terhalang atas sebab-sebab tertentu.

1. Kahwin waktu masih belajar, adakah tidak mengganggu pelajaran?

Siapa cakap kahwin waktu sedang belajar mengganggu? Salah tanggapan tu. Sepatutnya, kahwin awal lebih memberi kita semangat yang membara. Yelah, sudah ada pasangan yang halal dan akan sentiasa menyokong kita, mesti la lagi bersemangat mau belajar kan? Lagi satu, orang yang sudah kahwin ni akan berasa lebih bertanggungjawab dari sebelum kahwin. Sebab mereka tahu bahawa mereka punya pasangan untuk dijaga, jadi mereka pun akan berusaha untuk buat yang terbaik bagi pasangan mereka. Apa-apa pun, tengok ibu bapa kita saja sebagai contoh. Sudah kahwin, tapi adakah mengganggu kerja mereka? Tidak kan?

2. Saya masih belajar, macam mana mahu bagi nafkah pada isteri kalau belum ada kerja?

Saya tahu ramai antara kita yang masih belajar, dan ramai yang meminjam dapat elaun biasiswa. Saya beranggapan pasangan yang ingin dikahwini jugak masih study Jadi ia bermakna dua-dua masih dapat hidup dengan wang yang asas tu. Jadi, sementara masih belum ada kerja, suami berilah nafkah yang termampu kepada isteri. Mungkin $25 atau $50 sebulan? Bergantung kepada berapa banyak isteri gunakan untuk makan. Lagipun, isteri jugak ada wang, jadi tak perlu rasa ada masalah di situ. Yang penting dua-dua masih dapat hidup. Lain la kalau isteri demand kereta, rumah, rantai emas, baju berlambak-lambak, dan macam-macam lagi. Jadi, sepatutnya tiada masalah dalam bab nafkah. Cuba kita tengok orang Arab zaman Nabi dulu. Adakah kebanyakan daripada mereka orang berharta? Tidak. Mereka cuma mampu memberi isteri makan makanan setakat yang mereka mampu beri. Itu pun sudah mencukupi untuk dijadikan nafkah. Nabi tak larang pun orang miskin berkahwin. Jangan jadikan kekurangan wang sebagai penghalang perkahwinan. Itu namanya menyalahkan takdir Allah. Berdosa.

Firman Allah: Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. (An-Nur:32)

3. Macam mana mahu cari modal untuk majlis perkahwinan?

Apa perkara asas dalam kahwin? Ya, akad nikah dan walimatul urus. Merisik dan bertunang tu bukan wajib pun. Jadi, potong kos seperti bagi hantaran waktu merisik dan bertunang, sudah jimat wang. Waktu akad nikah pun, jemputlah keluarga terdekat dengan kawan-kawan saja yang dapat datang. Berdosa bila tidak menghadiri jemputan walimatul urus. Jadi, jimat sikit kos kenduri. Buang wang saja sewa pelamin, sewa baju pengantin, sewa jurukamera dengan mak andam semua tu kerana ia termasuk dalam hal-hal yang sia-sia. Mas kahwin pun tidak perlu tinggi-tinggi kerana sebaik-baik magar adalah yang paling rendah. Mudah saja majlis perkahwinan dalam agama Islam. Tidak sampai puluh ribu pun.

Sabda Rasulullah s.a.w: Tiga golongan yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah s.w.t, seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya. (H.R. Thabrani)

4. Tidak terlalu awalkah untuk saya berkahwin?

Kalau rasa dengan kahwin boleh buat semangat untuk belajar semakin meningkat, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh buat diri semakin bersemangat dalam agama, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh elak daripada fitnah dan maksiat, kahwin la. Itu maksudnya, kahwin memang perlu di usia muda. Benda yang baik, jangan dilambatkan. Takut kelak bertukar menjadi benda yang tidak baik. Cuba bayangkan anda ada pasangan yang disukai. Kan bagus kita cepatkan benda yang baik dengan berkahwin terus. Tapi kalau kita melambatkan perkahwinan yang bagus itu, mungkin kita akan terjerumus ke lembaah maksiat. Kenapa kita boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram? Tanya diri, jagalah iman.

Sabda Rasulullah s.a.w: Apabila datang kepadamu seorang laki-laki untuk meminang, yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi. (H.R. Tirmidzi dan Ahmad)

5. Bersediakah saya untuk kahwin awal?

Ini soalan paling bagus ditanya kepada diri sendiri. Tanya dulu soalan asas ni. Sudahkah saya solat penuh 5 kali sehari semalam? Bertanggungjawab sudahkah saya? Adakah saya panas baran atau penyabar? Adakah saya seorang yang bercakap menggunakan akal atau bertindak menggunakan akal di lutut? Pendek kata, ada banyak soalan spesifik yang boleh ditanya kepada diri sendiri. Walau apa pun jawapan dia, ini nasihat saya. Sentiasalah perbaiki diri dan mantapkan diri. Orang yang sudah berkahwin dan sedang belajar solat lebih baik berbanding orang yang sudah kahwin dan pandai solat tapi tidak amalkannya lepas kahwin. Orang yang bersedia mengubah dirinya adalah yang paling bersedia sebenarnya.

6. Macam mana dengan restu ibu bapa?

Ya, ini la benda paling susah bila mahu kahwin awal. Faktor penghalang paling utama. Kalau kita dapat menjelaskan dengan baik kepada ibu bapa dan mereka faham, insyaAllah tiada masalah untuk berkahwin awal. Tapi kalau ibu bapa kita susah mahu terima sebab fikiran mereka masih terikat dengan fikiran tipikal masyarakat Melayu sekarang ni yang lebih terpengaruh kepada adat dan cerekarama di tv semata-mata, serta pemikiran risau akan tak cukup wang nak sara anak dara orang, sudah tentu mereka tidak akan terima setiap hujah yang diberikan seperti di atas. Apa-apa pun, saya doakan yang terbaik untuk mereka yang mahu kahwin awal supaya cepat bertemu jodoh. Ingat, bila seseorang itu berkahwin kerana ingin mengikut sunnah Rasulullah, maka terbukalah segala pintu rezeki untuknya. Lihat, betapa banyaknya kelebihan kahwin awal. Fikiran kita yang sempit saja membuatkan kahwin ni nampak terlalu susah sangat.

Umar bin al-Khattab r.a telah berkata: Kahwinlah anak-anak kamu apabila sampai baligh, janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka. (Disebut oleh Ibnu Jauzi dalam Ahkam An-Nisa)

Nasihat saya untuk golongan-golongan yang sedang hangat bercinta tu, sebaiknya kahwinlah awal. Lebih banyak kelebihan kahwin awal berbanding kahwin lambat. Tapi semua itu pilihan masing-masing juga. Mudah-mudahan setiap pilihan yang kita buat adalah yang terbaik dan dirahmati Allah. InsyaAllah.

Rasulullah s.a.w bersabda: Siapa yang benci dengan cara hidup (sunnah) ku maka dia tidak termasuk golonganku. (H.R. Bukhari dan Muslim)



Credit :Najimie Safwan

ISLAM ITU SYUMUL


Apa itu Islam?

Ok, Islam dari segi bahasa ialah taat dan menyerah. Pengertian Islam dari segi syarak ialah mentauhidkan Allah S.W.T, patuh dan tunduk kepadaNya serta beriman dengan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Islam juga bererti selamat dan sejahtera. Bila besar sikit dalam umur 6 tahun kita diajar untuk mengucap 2 kalimah syahadah “Lailaha Illallah , Muhammadar Rasullullah”, Maksud dia “Tiada Tuhan yang berhak disembah kecuali Allah dan Muhammad Itu pesuruh Allah”

Apa maksud lafaz dari kalimah syahadah ni sehingga orang kafir nak masuk Islam pun kena mengucap lafaz kalimah syahadah. Apa yang POWER? Dari kalimah syahadah ni, kita sendiri mengaku bahawa kita akan ikut dan taat kepada ajaran yang Nabi Muhammad (ajaran Islam) dan hukum-hukum Allah S.W.T (patuh dan tunduk kepadaNya).

Islam itu syumul. Biasa kita dengar. Tapi menda gok syumul ni? Syumul adalah dalam bahasa Arab yang bermaksud menyeluruh, ataupun yang mencakupi segala aspek penghidupan individu, keluarga, sosial dan negara. Amber ulang dalam INDIVIDU, KELUARGA, SOSIAL dan NEGARA.

Kesyumulan Islam.. kalau kita bandingkan Islam yang diamalkan oleh masyarakat sekarang.. nampak sangat jauh perbezaannya dengan apa yang telah dikhabarkan dalam al-Quran dan as-Sunnah.. Islam pada zaman rasulullah dan para sahabat serta salafus soleh dulu sangat-sangat ”pure”.. Islamnya suci putih bersih.. tiada satu pun tompok hitam yang mengotori Islam itu… tidak seperti sekarang.. Islam dicampuradukkan.. apa yang rasa sesuai dengan kita, kita ambil.. yang kita rasa tidak sesuai dengan kita, kita buang.. Islam kita dipandu oleh akal dan nafsu.. bukan wahyu… moga dapat difikir-fikirkan kembali…

Islam pada zaman dahulu sangatlah bersih.. malah golongan Islam pada waktu tersebut.. sangat-sangat sayangkan Islam dan tidak akan membenarkan walau setitik noktah kecil mengotori kesucian Islam.. ambil contoh saidina abu bakar.. apabila dia dapat tahu bahawa ada segilintir golongan yang enggan membayar zakat atau mahu mengurangkan bayaran zakat.. dia terus berkata, “jikalau pada zaman rasulullah masih hidup mereka membayar unta dan talinya, begitu juga sekarang mereka harus membayar unta dan talinya, jika tidak akan aku perangi mereka..” Abu Bakar amat-amat menyintai Islam sehingga sanggup berperang demi menjage kesucian Islam itu sendiri.. tetapi kita..

Islam terdapat dua pada zaman sekarang.. satu.. Islam yang pure.. suci bersih.. dan satu lagi.. Islam “patchy-patchy”.. iaitu Islam yang dinodai kesuciannya.. putih bersih sucinya Islam itu dikotori dengan tompok-tompok dosa lantaran mengikut nafsu dan akal yang cetek tanpa berpandukan wahyu..

Islam yang syumul.. Islam yang pure.. sumbernya satu sahaja.. wahyu.. akal berada di bawah wahyu… apa sahaja wahyu suruh dibuat.. akan dilakukan tanpa persoalkannya.. kemudian akal digunakan untuk memikirkan logiknya.. contohnya.. disuruh kita membayar zakat.. kita bayar…. tapi cara bayaran itu ditentukan dengan akal.. lebih kurang begitulah.. pokoknya.. sumbernya hanya satu dan akan hanya ada satu.. iaitu wahyu.. al quran dan as sunnah..

Manakala.. Islam patchy-patchy pula ialah.. Islam yang bersumberkan tiga benda.. wahyu, akal, nafsu.. wahyu tetap menjadi salah satu sumber.. tapi ia dicampuradukkan dengan akal serta nafsu.. mana hukum yg dirasakan sesuai diambil.. mana yg tidak selari dengan akal dan nafsu ditinggalkan.. dengan ini.. hilanglah kemuliaan Islam itu sendiri.. ‘izzahnya Islam itu lenyap.. tiada lagi warna keserian syariat Islam itu.. Islam sebagai ad-din tidak lagi boleh dianggap sebagai ad-din.. kerana ad-din itu sendiri bermaksud “way of life” atau “cara hidup”.. tetapi sekiranya kita hanya mengambil sebahagian lalu membuang sebahagian yg laen.. masihkah ianya cara hidup Islam?.. mungkin sedikit sahaja.. sebahagian lagi.. cara hidup barat… kafir.. bukan lagi Islam.. Islam addinul haq.. Islam itu agama yg benar.. agama kebenaran.. dan lafaz ad-din itu merangkumi seluruh aspek kehidupan.. tidak boleh diambil sebahagian dan dibuang sebahagian.. seperti mana yang disuruh oleh Allah dalam firmanNya:

”Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya (keseluruhannya) dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.”
( Surah al-Baqarah [2]:208 )

p/s: Jom jadi full-time muslim/muslimah..jangan jadi part-time ambil hukum yg dirasakan sesuai sahaja

Kontrak Pinjaman PTPTN Dari Perspektif Syara'


Isu pemansuhan pinjaman PTPTN yang dituntut oleh mahasiswa di Malaysia mendapat sambutan yang hangat dikalangan pemerhati samada daripada kalangan politikus, panel syariah serta ilmuan intelektual. Hal ini demikiankerana isu ini menjadi semakin besar apabila golongan mahasiswa mengambil keputusan dan bertekad denganmemulakan himpunan menuntut kerajaan memansuhkan pinjamanan PTPTN di Dataran Merdeka pada 14 Aprilbaru-baru ini dan meneruskan perhimpunan dengan mengadakan ‘perkhemahan’ di Dataran Merdeka tersebutbagi menunjukkan optimis dalam menuntut agar pinjaman PTPTN dimansuhkan.
Isu pinjaman PTPTN ini bukan hanya dilihat dari sudut pengurusan wang semata-mata bahkan ia mesti dilihatdari sudut syara’ berkenaan kontrak pinjaman PTPTN tersebutMaka MANHAL mengambil langkah untukmengkaji dan menjawab isu yang berkaitan dengan permasalahan agama yang terdapat di dalam isu ini.

KONTRAK PTPTN ADALAH KONTRAK PINJAMAN
Terlebih dahulu kita melihat apakah konsep kontrak yang digunakan dalam PTPTNPTPTN ialah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasionalmenawarkan pinjaman kepada mahasiswa/wi dalam negeri bagi membantu permasalahan kurang kemampuan dari sudut kewangan untuk melanjutkanpelajaranPinjaman diberikan kepada mana-mana mahasiswa/wi yang memohon dan melengkapi syarat-syarat yang ditetapkan.
Justeruberdasarkan kepada penjelasan di atasPTPTN adalah melibatkan isu kontrak pinjamanIaitu mahasiswa/wi memohon pinjaman untukmembiayai bayaran pendidikan mereka.
HUKUM BAGI KONTRAK PINJAMAN
Asal hukum bagi kontrak pinjaman adalah kontrak membantu. Para fuqaha menegaskan bahawa kontrak pinjaman adalah berbeza dengan kontrak jualbeli dan juga kontrak yang melibatkan apa jua urusan keuntunganMaka kontrak pinjaman adalah berdasarkan hukumnya iaitu atas dasar membantubukan atas dasar keuntungan.
Disebabkan itupihak yang memberikan pinjaman tidak boleh mengambil sebarang caj atau faedah tambahan dengan mengenakan apa jua syarat untukmemastikan mendapat pemulangan yang lebih tinggidengan erti kata yang lain iaitu keuntungan daripada hutang yang diberikan.
Jika sekiranya pihak yang memberikan pinjaman atau hutang meletakkan syarat agar pihak yang berhutang untuk melunaskan hutang dengan kadaryang lebih tinggi atau dikenakan denda apabila lewat melunaskan hutang maka hukumnya adalah haram mengikut ijmak ulama. Hal ini demikian keranatambahan yang berlaku ke atas nilai asal hutang tersebut merupakan ribaHukum riba adalah secara jelas dan qath’ie bahawa haram bahkan tergolongdalam dosa-dosa besar.
PINJAMAN PTPTN DAN KONSEP MELANGSAIKAN HUTANG
Mahasiswa/wi yang mengambil pinjaman PTPTN tidak dapat tidak dikenakan caj bayaran dengan kadar 3% daripada hutang. Dan ini merujuk kepadasistem konvensional yang dijalankan oleh pihak pengurusanBahkan setiap tahun apabila pihak yang berhutang lewat untuk menjelaskan hutangmereka maka nilai jumlah hutang mereka akan bertambah mengikut kadar caj yang dikenakan.
Begitu jugapihak pengurusan PTPTN akan memilih beberapa kuota yang diberikan hak istimewa iaitu pelepasan dari pembayaran semula hutangmengikut kepada kriteria yang ditentukan iaitu cemerlang dari pelbagai program dan institusi pengajian tinggi yang mewakili keseluruhan penerimaijazah kelas pertama atau setaraf.
KONSEP MELANGSAIKAN PINJAMAN / HUTANG DALAM ISLAM
Islam telah meletakkan beberapa garis panduan yang tetap dalam isu melangsaikan pinjaman atau hutangGaris panduan tersebut ialah :
Haram meletakkan syarat ke atas kontrak pinjaman yang berbentuk sebarang faedah bagi mendapatkan keuntunganBerdasarkan kepadaHadis Nabi SAW : 
  كُلّ قَرْضٍ جَرَّ نَفْعاً فَهُوَ الرِّباَ
“setiap pinjaman yang berlaku ke atasnya manfaat (mensyaratkan bayar lebih dari nilai asalmaka ia dikira riba”
Sunan Baihaqi Kubra no 10715.
Walaupun kadar faedah atau caj yang dikenakan ke atas pinjaman tadi adalah amat kecil maka ia dikira tetap haram kerana ia tetap riba. Hal inisebagaimana yang berlaku di zaman jahiliyah sehingga digelar sebagai Riba Jahiliyah. Dan ia telah diharamkan oleh Allah SWT.
     FirmanNya :
 يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تَأۡڪُلُواْ ٱلرِّبَوٰٓاْ أَضۡعَـٰفً۬ا مُّضَـٰعَفَةً۬‌ۖ
  
 "Wahai orang-orang berimanjanganlah kamu memakan riba dengan berlipat ganda
Surah Ali Imran ayat yang ke-130.
   
Sekiranya pihak yang meminjam tidak ada kemampuan untuk membayar pada waktu yang telah ditetapkan maka pihak yang memberikan hutanghendaklah menunggu sehingga pihak yang berhutang mampu membayar dengan syarat tanpa dikenakan sebarang faedah kerana tambahan yangdikenakan merupakan riba.
     Firman Allah SWT menyebutkan bahawa :
وَإِن كَانَ ذُو عُسۡرَةٍ۬ فَنَظِرَةٌ إِلَىٰ مَيۡسَرَةٍ۬‌ۚ
“sekiranya mereka (pihak yang berhutangmempunyai kesulitan (untuk membayar pada waktu yang ditetapkanmaka berikanlah masa sehinggamereka senang (mampu untuk bayar)” – Surah Al-Baqarah pada ayat ke-280
- Digalakkan pihak yang berhutang untuk membayar hutang dengan lebih baik iaitu sebagai hadiahbukan atas sebab syarat. Hal ini digalakkanberdasarkan kepada sabda Nabi SAW :
“sesungguhnya orang yang terbaik di kalangan kamu ialah mereka yang memperelokkan bayaran (hutang)” – Sahih Muslim no 1600.
- Sekiranya pihak yang berhutang tidak mampu untuk melangsaikan hutang kerana mempunyai masalah yang kritikal maka pihak yangmemberikan hutang digalakkan untuk melepaskan bayaranBahkan digalakkan juga melepaskan bayaran kepada mana-mana pihak yangberhutang walaupun tanpa sebabatas dasar hadiah atau sedekah.
Firman Allah SWT :
وَإِن كَانَ ذُو عُسۡرَةٍ۬ فَنَظِرَةٌ إِلَىٰ مَيۡسَرَةٍ۬‌ۚ وَأَن تَصَدَّقُواْ خَيۡرٌ۬ لَّڪُمۡ‌ۖ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ
“maka sekiranya kamu melepaskan hutangmaka itu adalah yang terbaik bagi kamusekiranya kamu mengetahuinya”
Surah Al-Baqarah pada ayat ke-280.
SEBARANG UNSUR RIBA ADALAH HARAM
Berdasarkan penjelasan di atas maka dikenal pasti bahawa pinjaman PTPTN mengandungi unsur riba iaitu dikenakan kadar caj tambahan sebanyak 3peratus kepada penghutang ke atas nilai hutangMaka ia mempunyai unsur yang sama dengan pinjaman yang dikenakan syarat iaitu penambahan keatas nilai asal hutang.
Justerupinjaman PTPTN tergolong dalam kontrak yang mengandungi unsur riba dan hukumnya adalah haram.
Jelas berdasarkan firman Allah SWT bahawa riba adalah diharamkanRujuk ayat Al-Quran pada surah Al-Baqarah pada ayat ke-275 sehingga 279.
Nabi SAW juga memberikan peringatan kepada umatnya agar menjauhi 7 perkara yang mendatangkan dosa besarantaranya ialah riba. – SahihBukhari no 2766
Pada bulan Mei 1956, sidang muktamar kali ke-2 bagi Mujamma’ Buhuth Islamiyah yang diadakan di Kaherah di bawah kelolaan Syeikh Al-Azhar ketikaitutelah memutuskan bahawa sebarang faedah yang dikenakan ke atas apa jua pinjaman adalah riba dan hukumnya adalah haram.
Syeikh Rashid Redha menukilkan fatwa daripada Syeikh Muhammad Abduh antara faktor Allah mengharamkan riba adalah kerana riba merupakankontrak yang mendapatkan pertambahan tanpa ada gantian. Hal ini berbeza dengan kontrak jual beli iaitu pertukaran atau gantian antara dua belahpihak yang melibatkan barangan jualan dengan wang belianHujah ini juga adalah untuk menolak dakwaan pihak jahiliyah yang menyifatkan bahawakontrak jual beli adalah sama sebagaimana dengan unsur riba.
KESIMPULAN
Berdasarkan kepada kajian di atasmaka jelas kepada kita bahawa kontrak pinjaman PTPTN mengandungi unsur riba dan hukumnya jelas adalahharamJusterurespon pihak MANHAL berikutan isu pemansuhan PTPTN perlu dilihat dari perspektif syarak.
HasilnyaMANHAL memberikan pendirian yang jelas iaitu :
  1. Pinjaman PTPTN merupakan kontrak pinjaman. Dan kadar caj bayaran tambahan ke atas nilai asal hutang merupakan riba.
  2. Sebarang kontrak yang mengandungi unsur faedah adalah riba dan hukumnya haram.
  3. Perkara utama yang mesti dilakukan oleh kerajaan dalam isu PTPTN ini ialah menghapuskan sistem bayaran yang mengandungi unsur riba.    Peminjam hanya perlu mambayar nilai asal pinjaman yang mereka lakukan tanpa dikenakan sebarang faedah atau caj tambahan ke atas nilai asal.
  4. Berkaitan tuntutan mahasiswa dalam pemansuhan bayaran pinjaman PTPTN , pihak MANHAL melihat sekiranya pemansuhan tersebutmemberikan faedah dan maslahat yang besar kepada rakyat terutama golongan mahasiswa/wi dalam konteks pembangunan insantanpamemudharatkan negaramaka elok untuk dilaksanakan tuntutan pemansuhan bayaran pinjaman PTPTN dengan rangka pengurusan yang terbaik.
Sekian,
Disediakan oleh : 
MUHAMAD ZUHAILI SAIMAN
PENGERUSI FELO MANHAL PMRAM 2012