Arah Pandangan Mata Ketika Solat

Ada dalil yang menggalakkan ketika solat kita di sunatkan menundukkan wajah melihat ke tempat sujud semasa berdiri. Hadis yang meriwayatkan oleh al Baihaqi dan al Hakim " adalah Rasulullah s.a.w menundukkan kepala baginda dan melontar pandangannya ke bumi (tempat sujud)."

Dalam hadis lain:"Dan tatkala Nabi s.a.w memasuki kaabah , Nabi tidak mengangkat pandangan matanya dari tempat sujud sehinggalah Baginda keluar darinya."(Riwayat Abu Daud dan Ahmad)

Iman Sufyan al Thawri, Abu Hanifah dan al Syafi'i berpendapat bahawa elok menumpukan pandangan mata ke arah tempat sujud. Manakala ijtihad Iman Malik dan Ibn al Arabi al Maliki elok memandang ke arah hadapan dan bukanya tempat sujud.

Namun, walaupun dalil-dalil yang di kemukakan ini sahih dari sudut kefahamannya iaitu keperluan melihat tempat sujud. Maksud "menundukan kepala" dalam hadis ini tidak semestinya memandang tempat sujud dan hadis kedua pula tidak dijelaskan secara terang ia dilakukan ketika solat. Ia hanya menyebut ketika Nabi memasuki kaabah dan bukannya ketika solat.

Setelah diteliti hadis-hadis yang terdapat dalam bab ini, maka dapat difahami bahawa matlamat asa daripada tindakan melihat tempat sujud ini adalah untuk:
  • Mendatangkan khusyuk
  • Menghilangkan gangguan luar dan memfokuskan perhatian terhadap solat
  • Menimbulkan rasa rendah diri ketika solat.
  • Membezakan keadaan antara orang yang sedang dalam solat dan luar solat
  • Menghilangkan rasa sombong

Hadis berikut menyokong kepada kesimpulan:
"Tidak sepatutnya terdapat dalam rumah orang yang menunaikan solat sesuatu yang boleh menggangu dan menyibukkan (pemikirannya dan kekhusyukkannya ketika solat)." (Riwayat Abu Daud dan Ahamad)

Juga sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: " Apabila kamu solat, janganlah kamu menoleh ( ke sana sini iaitu tidak memfokuskan pandangan) kerana Allah s.w.t mengarahkan wajah-Nya ke wajah hamba-Nya yang sedang solat selagi mana hamba-Nya tidak menoleh ke arah lain."(Riawayat al Bukhari dan Abu Daud)

Kesimpulanya , digalakkan untuk menundukkan pandangan mata,sama ada tempat sujud atau lainnya semasa solat, namun tidaklah sampai pada tahap wajib.
(sumber: formula sempurna solat oleh ustaz  zaharuddin Abd Rahman)

No comments: