Fenomena Masyarakat

Apabila orang tua nak mati lambat

Tak dapat madu telan minyak gamat

Orang lelaki budak-budak muda pakai seluar ketat

Semua nk tunjuk kuat

Ada pulak yang gila berjudi,

bila berjudi percaya unsur khurafat

Tapi hidupnya pulak jadi melarat dah kalah judi,

Bila kalah judi tali kasut pon tak terikat,

Rambut pon jarang bersikat

Itu yang lelaki,yang perempuan suka pakai baju ketat

Suka pulak menunjukkan pusat

Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat

Pakai pulak yang sendat-sendat,

Kadang-kadang sampai nampak yang tersirat

Tak kira bujur tak kira bulat

Siapa yang lihat pasti tercegat

Sila gaya jadi gawat

Bohsia bohjan lagi dasyat

Duduk jauh berkirim surat

Bila berjumpa tangan berjabat

Kemudian Pakat lawan peluk erat-erat

Mase tu nafas naik tersekat-sekat

Usah dipedulilah agama dan adat

Usah ditakuti ALLAH dan malaikat

Yang penting apa kita nak buat,kita buat

Akhirnya bila dah buat perut kempis jadi bulat

Bila perut kempis dah jadi bulat,

Maka tunggulah saat lahir anak-anak yang x cukup sifat

Bila kita melihat anak-anak yang x cukup sifat

Maka bayi dibuang merata tempat.

Bila bayi dah dibuang merata tempat iblis mula melompat

Bila iblis melompat dia kata apa?

Habis manusia dah masuk jerat

Habis manusia telah tersesat

Inilah dia fenomena masyarat

Oleh itu para saudara,saudari dan sahabat

Marilah kita mengingat bahawa dunia hari ini makin singkat

Esok atau lusa kita mungkin menghadapi hari kiamat

Sampailah masa kita semua akan berangkat

Berangkat menuju ke negara akhirat

Disana kita akan ditanya apa yang kita buat

Masa itu sendiri mahu ingat

Umurmu banyak mana kamu buat ibadat

Zaman mudamu apa yang telah kamu buat

Harta benda kamu dari mana kamu dapat

Ilmu kamu adakah kamu manafaat

Supaya ianyanya mengingatkan kepada kita supaya segera meninggalkan maksiat

Dan memperbanyakkan ibadat.

petikan daripada ceramah ustaz Akhil Hayy

No comments: