Aku insan lemah…


Ya ALLAH..
Diri ini lemah sungguh
Lemah dan tak berdaya
Aku kalah
Menghadapi insan-insan itu
Aku kecundang
Mempertahankan agamaMU
Aku bersalahkah TUHAN?

Sedaya ku sudah
Namun segalanya sia-sia
Aku sendiri kecewa
Kecewa dengan sikap mereka
Yang tidak ingin padaMU
Aku kah yang bersalah?

Aku cuba usai
Mengimarahkan deenMU
Di mana sahaja aku berada
Dalam waktu apa pun
Namun gagal yang kutemui akhirnya

Mungkin usaha ku
Masih kurang
Mungkin aku,
Masih lemah
Mungkin aku,
Tiada cukup tarbiyyah dan ilmu dakwah
Ampunkanlah aku Tuhan..

Aku tahu
Engkau tidak sekali
Memandang hasil usaha ku
Tetapi Engkau Maha Adil
Engkau hanya menilai
Segala usaha yang kulakukan
Dalam menegakkan agamaMU

Moga usaha ku ini
Menjadikan timbanganku nanti
Beratnya di kanan..
Dan aku berjaya melangkah
Ke syurgaMU
Yang aku sedari..
Terlalu mahal maharnya..

 ana terjumpa bait2 puisi ini dalam 1 blogger.sungguh tersentuh dengan bait puisi ini..jadi ana kongsikan kpada antum semua..kepada tuan punye puisi ana mohon untuk share puisi ni sebagai pembangkit semangat dan muhasabah untuk ana sendiri dan rakan2 yg lain..

No comments: